JellyPages.com

Thursday, 30 May 2013

Komander Kesatria UiTM Shah Alam

Basmalah,

Lama betul tidak up-date blog ini. Hari ini hendak berkongsi tentang kehidupan sebagai seorang Komander Kesatria UiTM Shah Alam. "PROUD TO BE A LEADER" , itu adalah slogan yang digunakan oleh kami yang bernaung di bawah badan uniform Komander Kesatria Negara UiTM Shah Alam.

Banyak aktiviti yang kami telah lakukan sepanjang semester ini. Mereka yang menuntut di UiTM pastinya mengetahui tentang badan uniform ini.

Di sini ingin saya kongsikan bagaimana boleh tertubuhnya Unit Kesatria Negara UiTM.

Unit Kesatria
Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia termasuk ITM pada akhir tahun 1975 merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana  peristiwa itu telah menyebabkan lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM.  Pihak ITM telah memandang serius hal tersebut. Bagi mereka, demonstrasi itu menunjukkan keperluan meningkatkan disiplin dikalangan pelajar-pelajar  ITM. Unit Kesatria diwujudkan secara rasmi pada tahun 1976. Dan pada 1978, ianya dijadikan satu kokurikulum dan juga adalah salah satu subjek yang wajib lulus, kerana Majlis ITM tidak akan mengeluarkan diploma untuk pelajar yang gagal subjek tersebut.

Penubuhan unit ini sedikit sebanyak telah berjaya mendisiplinkan para pelajar yang telah menuntut di UiTM atau dulunya dikenali sebagai ITM. Sesungguhnya yang baik itu datang daripadaNYA. Insyallah~

Commander Greeting Day (C-GAD)

Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk merapatkan hubungan para komander kesatria antara junior dan senior. Program ini telah diadakan selama 2 hari (11- 12 May 2013). Bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di Kolam Renang UiTM Shah Alam. Aktiviti pertama yang diadakan adalah "Lucky Race".

"Lucky Race" ini akan sama seperti "Explorace", yang memberi perbezaan tentangnya adalah setiap task yang diberi tidak akan dikenakan denda jika tidak berjaya. Namun, kami dikehendaki membuat task tersebut sehingga pengadil di stiap check point berpuas hati.

Selain itu, kami juga dikehendaki membaling dadu gergasi untuk melihat markah yang kumpulan kami perolehi. Nama "Lucky Race", jadi balingan dadu yang dibuat oleh salah seorang daripada kami adalah penentu kejayaan kami.

Memang berdebar setiap kali dadu dibaling. Kalau dapat jumlah banyak memang bersorak kami semua, hehe. Kalau tidak masing-masing akan kata "tak pew, ada check point lain lagi". Motivasi dalaman juga itu.


Gambar ini adalah untuk task last sekali yang kami kena lakukan. Task ini memerlukan 2 orang ahli kumpulan kami seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Nama task ini adalah "Meraikan pasangan pengantin yang sedang bersanding". Memang ini adalah pengalaman yang sangat berharga, sebab sepanjang mengikuti aktiviti lasak tidak pernah ada task sebegini.


Sebahagian daripada gambar senior dan junior selepas aktiviti "Lucky Race". Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti "Zombie Walk" yang telah diadakan keesokan harinya.

Aktiviti ini sama seperti aktiviti malam tadi iaitu "Lucky Race", bezanya jarak dari satu check point ke check point yang lain adalah jauh. Setiap check point tidak ada sesiapa yang menjaga, namun kami dikehendaki menangkap gambar atau membuat video sebagai bukti telah pergi ke tempat berkenaan.

Setiap check point akan ditandakan dengan huruf "Z". Contohnya, macam ini,


Semua tempat yang kami kena pergi ada 8. Jadi, ini adalah sebahagian gambar yang saya sempat snap.




  
Kesimpulannya, kumpulan kami dapat dua hadih sahaja. Bagi "Lucky Race" dapat johan dan untuk gambar kompeni kami dapat tempat yang ketiga. Alhamdulillah, sebab kami tidak sangka dengan jumlah kompeni kami seramai 8 orang  kami dapat meraih kemenangan. Pertandingan ini telah memberi erti kepada kami bahawa pentingnya kerjasama dalam sesbuah kumpulan. Bak kata papatah " Bersatu kita teguh' bercerai kita roboh". 

Sekian, Assalamualaikum.

Sunday, 5 May 2013

Training At Stadium

Basmalah,

Hari ini hendak berkongsi cerita pengalaman training yang dilakukan under course conditioning for sport.
Memang susah pada mulanya hendak merealisasikan aktiviti tersebut tetapi akhirnya berjaya juga kami semua lakukan.

Tugasan yang diberi oleh kami, adalah seperti berikut :
1- We need to divided into 6 groups
2- Each group need to choice 1 leader
3- Each group must prepare 1 type of training.
4- All group leader need to explain the type of training in banner or something else.

Itulah arahan yang dikeluarkan oleh sir, lebih  kurang macam itulah sir kata.


Gambar pertama, 2 orang ahli kumpulan saya yang sedang menyediakan board untuk explainkan pada kawan-kawan yang lain.


Inilah hasil tangan Zira dengan Baidura, member ( gambar mereka yang dekat atas ). Kalau tidak usaha manakan berjaya hendak buat semua ini, Alhamdulillah, dipermudahkan kerja kami. Model yang buat contonh training dalam gambar atas itu, semuanya kami buat sendiri. Memang A-Z kami yang buat.

Gambar yang saya tunjuk ini adalah sebahagian daripada preparation yang sedang dilakukan oleh semua kumpulan.




Semasa ahli kumpulan lain sedang melakukan persiapan, semua ketua sedang berbincang untuk mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku sebelum, semasa dan selepas training ini diadakan.


Sempat juga saya snap gambar pemandangan di stadium Universiti Teknologi Mara Shah Alam pada jam 8.03 pagi.


Ini adalah untuk latihan beep test, perempuan yang mulakan dulu. Picture yang bawah ini, giliran kawan lelaki kami pula yang lakukan.


Setelah habis beep test, kami berkumpul untuk mendengar ulasan daripada sir. Memang penat sangat-sangat. Muka semua letih jer. Tapi dapat snap yang ini sahaja.




Ini picture, selepas habis semua aktiviti. Serius dapat pengalaman baru bila buat aktiviti ini. Alhamdulillah dapat pengalaman baru. 


Yang perempuan dalam picture itu, bukan saya yer. :D

Antara peralatan yang kumpulan saya gunakan. Setiap kumpulan gunakan peralatan yang lain. Nama pun training. Mesti berbeza miengikut station.